Friday, December 23, 2011
Thursday, December 22, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Friday, December 9, 2011
Saturday, December 3, 2011
Thursday, December 1, 2011
Monday, November 28, 2011
Saturday, September 10, 2011
Saturday, August 6, 2011
~YOUTHQUAKE~
Wednesday, August 3, 2011
Friday, July 15, 2011
~janji kita mencuba~
Saturday, July 9, 2011
~Dato' Siti Nurhaliza in Akmal Ariffin~
Tuesday, June 28, 2011
~FFKL 2011~
FESTIVAL Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) kembali lagi buat kali ketiganya tahun ini! Acara fesyen anjuran Unit Wanita, Berita Harian, yang bertujuan mengetengahkan fabrik warisan agung iaitu tenun ke mata dunia dan pastinya, menghangatkan persada fesyen negara.Acara berprestij itu kekal dengan tema utama iaitu `Keunikan dan Keindahan Tenun'. FFKL bermatlamat mencari pereka fesyen yang bukan saja mampu menghasilkan rekaan terbaik menggunakan fabrik tenun malah pada masa yang sama, mampu membantu memartabatkan seni warisan negara hingga ke peringkat antarabangsa.Kali pertama diperkenalkan tahun lalu, Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH), pertandingan untuk pereka muda, diadakan buat kali kedua tahun ini. Buat julung kali juga tahun ini diperkenalkan Anugerah Perantis Muda Berita Harian (APMBH), pertandingan fesyen untuk penuntut kolej dan universiti tempatan.
Siapakah bakal dinobatkan sebagai pereka fesyen dan perantis muda terbaik kali ini? Jawapannya akan diumumkan pada 4 Julai hingga 6 Julai ini, bertempat di The Actors Studio, Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. FFKL 2011 akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Peserta APTBH dikehendaki menghasilkan empat pakaian menggunakan fabrik tajaan Euro Moda dan Gulatis (EMG) dengan sentuhan Songket Melaka, tajaan Kerajaan Negeri Melaka manakala peserta APMBH hanya perlu menyediakan konsep dan lakaran koleksi.
Wednesday, June 22, 2011
~penat mencari kain!!!~
Tuesday, June 21, 2011
~was selected~
Thursday, June 16, 2011
~press conference MASiF 2011~
bese la kan...dh smpi2 sne..mmg buhsan la biler nk kne dgr sgala ucapn time tuh..tp xp la..nsb baek ad mini show skit selang2 ucapan tuh..x la buhsan sgt kn.so dh hbs sumer tuh...dlm kol 5 lbh cmtu kowt...setle sudah sgala urusan...next plan..masing2 nk g fahrenheit tgk butik the twelve d mana collection2 dr zery zamry, zulfadli nasir, merlee shariff, john paris, fashion greek, zero to ten, radwan radiwill dijual di situ.just sesaja jln tgk lokasi...jnji dpt tgk hasil kerja dorng..
Saturday, June 11, 2011
~MASIF 2011~
Sunday, June 5, 2011
~aper cer d belakang~
nie muka mmg penat x tdow 2 hari brturut2 until the show gara2 nk siapkn the last bju..azab!!!
Tuesday, May 31, 2011
~Terjemahan eleman Melayu moden~
AKMAL ARIFFIN, 23, tergamam saat diumumkan pemenang Koleksi Terbaik, pada Pertunjukan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang berlangsung baru-baru ini.
Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu sama sekali tidak menyangka bakal merangkul hadiah utama dalam acara fesyen tersebut memandangkan saingan daripada rakan-rakan seperjuangan cukup sengit.
“Tahun ini, rezeki berpihak kepada saya meskipun dari awal saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana koleksi busana rekaan peserta lain juga cantik dan menawan. Namun, saya gembira kerana penat lelah selama tiga tahun menuntut dalam jurusan ini dibayar dengan kemenangan bermakna.
“Bertambah manis apabila kemenangan ini secara tidak langsung memartabatkan keunikan budaya negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan, yang terkenal dengan signatur budaya Minangkabau,” jelas pemegang Ijazah Rekaan Fesyen, UiTM Shah Alam, yang menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kepala bertemakan, The Art of Minangkabau.
Ujar Akmal, pada awal semester lima pengajian, dia sudah mula sibuk memikirkan tema menarik untuk pakaian yang bakal dipamerkan di acara fesyen tersebut. Bersesuaian dengan tema nilai seni Melayu dan Asia Barat yang diberikan, peminat pereka antarabangsa, Elie Saab itu mengambil keputusan untuk menerapkan konsep Minangkabau.
“Rekaan saya lebih cenderung pada konsep tanduk kerbau yang diaplikasi pada topi dan bahu baju. Dari aspek permainan pula saya banyak bermain dengan warna hitam dan kuning keemasan.
“Hasil kajian saya mendapati warna hitam begitu simbolik bagi masyarakat Minangkabau kerana ia membawa maksud kegagahan dan kepimpinan manakala warna kuning keemasan pula melambangkan kemewahan.
“Aspek teknik jahitan, saya lebih selesa dengan teknik lipatan bagi menggabungkan fabrik rona hitam dan kuning keemasan tersebut,” terang Akmal kepada Stailo.
p/s: nk baca lebih...klik pd pic ok.. (^o0^)y