Tuesday, June 28, 2011

~FFKL 2011~

Penolong Pengarang Berita Edisi Minggu, Shamshul Azree Samshir (tengah) bersama Zaihani danPensyarah fesyen, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka UiTM, Faizal Hamid memilih hasil penyertaan yang dihantar peserta yang menyertai Festival Fesyen Kuala Lumpur di Balai Berita NSTP, Bangsar.

Acara martabatkan keunikan, keindahan tenun

FESTIVAL Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) kembali lagi buat kali ketiganya tahun ini! Acara fesyen anjuran Unit Wanita, Berita Harian, yang bertujuan mengetengahkan fabrik warisan agung iaitu tenun ke mata dunia dan pastinya, menghangatkan persada fesyen negara.
Acara berprestij itu kekal dengan tema utama iaitu `Keunikan dan Keindahan Tenun'. FFKL bermatlamat mencari pereka fesyen yang bukan saja mampu menghasilkan rekaan terbaik menggunakan fabrik tenun malah pada masa yang sama, mampu membantu memartabatkan seni warisan negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Kali pertama diperkenalkan tahun lalu, Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH), pertandingan untuk pereka muda, diadakan buat kali kedua tahun ini. Buat julung kali juga tahun ini diperkenalkan Anugerah Perantis Muda Berita Harian (APMBH), pertandingan fesyen untuk penuntut kolej dan universiti tempatan.

Siapakah bakal dinobatkan sebagai pereka fesyen dan perantis muda terbaik kali ini? Jawapannya akan diumumkan pada 4 Julai hingga 6 Julai ini, bertempat di The Actors Studio, Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. FFKL 2011 akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Lapan pelajar yang mencuba nasib dalam APMBH adalah Lee Ji Hee, Astika Hutami Suprapto, Zharin Hariz, Ellie Lim Mei Li, Hanif Naim, Akmal Ariffin, Farah Rahim dan Zeed Jameel.
Peserta APTBH dikehendaki menghasilkan empat pakaian menggunakan fabrik tajaan Euro Moda dan Gulatis (EMG) dengan sentuhan Songket Melaka, tajaan Kerajaan Negeri Melaka manakala peserta APMBH hanya perlu menyediakan konsep dan lakaran koleksi.

1 comment: