Tuesday, May 31, 2011

~Terjemahan eleman Melayu moden~

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
liyana.darif@kosmo.com.my

AKMAL ARIFFIN, 23, tergamam saat diumumkan pemenang Koleksi Terbaik, pada Pertunjukan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang berlangsung baru-baru ini.

Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu sama sekali tidak menyangka bakal merangkul hadiah utama dalam acara fesyen tersebut memandangkan saingan daripada rakan-rakan seperjuangan cukup sengit.

“Tahun ini, rezeki berpihak kepada saya meskipun dari awal saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana koleksi busana rekaan peserta lain juga cantik dan menawan. Namun, saya gembira kerana penat lelah selama tiga tahun menuntut dalam jurusan ini dibayar dengan kemenangan bermakna.

“Bertambah manis apabila kemenangan ini secara tidak langsung memartabatkan keunikan budaya negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan, yang terkenal dengan signatur budaya Minangkabau,” jelas pemegang Ijazah Rekaan Fesyen, UiTM Shah Alam, yang menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kepala bertemakan, The Art of Minangkabau.

Ujar Akmal, pada awal semester lima pengajian, dia sudah mula sibuk memikirkan tema menarik untuk pakaian yang bakal dipamerkan di acara fesyen tersebut. Bersesuaian dengan tema nilai seni Melayu dan Asia Barat yang diberikan, peminat pereka antarabangsa, Elie Saab itu mengambil keputusan untuk menerapkan konsep Minangkabau.

“Rekaan saya lebih cenderung pada konsep tanduk kerbau yang diaplikasi pada topi dan bahu baju. Dari aspek permainan pula saya banyak bermain dengan warna hitam dan kuning keemasan.

“Hasil kajian saya mendapati warna hitam begitu simbolik bagi masyarakat Minangkabau kerana ia membawa maksud kegagahan dan kepimpinan manakala warna kuning keemasan pula melambangkan kemewahan.

“Aspek teknik jahitan, saya lebih selesa dengan teknik lipatan bagi menggabungkan fabrik rona hitam dan kuning keemasan tersebut,” terang Akmal kepada Stailo.


p/s: nk baca lebih...klik pd pic ok.. (^o0^)y



9 comments:

  1. keep it up akmal....

    ReplyDelete
  2. selamat berjaya dalam bidang mu kawan - noh mohd amit

    ReplyDelete
  3. congratz akmal.wah,da featured dlm paper.lepas ni boleh designkan my wedding dress ;)

    ReplyDelete
  4. inilah Akmal Ariffin yg sye bggakan...

    ReplyDelete
  5. wow.. double impress!! hehe... congrats and all the best for the future bro. :)

    ReplyDelete